ada lagi kisah raya

Belum habis lagi sebenarnya kisah raya saya tahun ini. Hari terakhir raya saya kerumah teman lama, Sharifah Haida di Bukit Jelutong, (cantik rumah Adah). Yelah! saya dan Hanim (kawan lama juga) datang kerumah Haida pun last minute appointment. Walaupun tanpa maid (sebab balik bercuti) Haida masih bersusah payah menyiapkan juadah untuk kami. Thank you Adah kerana meraikan Ida dan Anim. Seronok tengok rumah Adah (sebab ni rumah baru, memang cantik)….happy for you my friend.




manisan berupa kek lapis Sarawak dan muffin.


yang bawah sekali tu sate rusa. Since, hubby Adah bekerja di Sarawak (estate management), so senanglah Adah nak makan daging rusa, pelanduk dan lain-lain haiwan buruan. Sate rusa tu memang lain dari yang lain, resepi Haida dan kuah kacang Haida memang sedap. Nanti nak minta resepi ya!


Saya namakan ini Mee Soup Haida. Comfort food. Kalau dah tak lalu nak makan mee curry, mee goreng, mee bandung, kena cuba Mee Soup Haida ni. Kata Haida senang je buat mee ni, cuma tumiskan banyak bawang putih dengan serbuk lada hitam, yang lain-lain tu ikut suka hati. Nak campur apa, terpulang pada selera masing-masing. Memang sedap Adah.

Bawah pula adalah makan-makan raya rumah Kak Yati,  kenalan baru saya. Rumah Kak Yati terletak di kawasan elit Valencia, Sungai Buloh. Memang exclusive tempat tu, kawalan keselamatannya memang ketat. Susah nak masuk ke kawasan tersebut. Tetapi memang baik kerana kadar jenayah yang semakin berleluasa sekarang, elok tinggal dalam kawasan seperti ini.

Kak Yati menghidangkan hidangan yang lain dari kebiasaan juadah raya. Grill stuffed Chicken with brown sauce, grill potato, baby carrot and garlic bread…..yeah! really yummy!!! Thank you Kak Yati kerana menjemput kami kerumah. Semuga murah rezeki Kak Yati.


meehoon goreng


grill chicken


Share This Post

Discussion Area - Leave a Comment

You must be logged in to post a comment.