hamper kueh raya

Setiap kali menjelang aidil fitri saya pasti menerima beberapa buah hamper dari rakan-rakan niaga suami sebagai buah tangan ketika mereka datang berkunjung kerumah untuk beraya. Kebanyakkannya adalah hamper biasa atau pun hamper buah-buahan. Walau bagaimanapun terdapat dua hamper yang menarik dan saya kira harganya juga mahal. Saya tidak membuka dua hamper ini sehinggalah pada hari terakhir Syawal kerana tiada tempat untuk saya menyimpan barangan hamper tersebut. Apa yang menarik salah satu hamper tersebut mengandungi pelbagai jenis biskut raya yang diletakkan didalam bekas-bekas yang dihias cantik. Saya rasa harga bekas-bekas tersebut lebih mahal dari harga biskut didalamnya.


Bekas kueh ini dibalut dan dihias cantik dan amat sesuai sebagai bekas hantaran perkahwinan.


Pelbagai jenis rupa biskut yang cantik dan menarik. Tetapi rasanya sama sahaja.


Share This Post

Discussion Area - Leave a Comment

You must be logged in to post a comment.