Salam dari Kota Makkah

Assalamualaikum, salam saya dari kota Makkah. Tahun ini saya dijemput oleh Allah swt untuk bertamu ketanah suci ini. Lama juga saya akan berada di SINI. Kota Makkah terutama dimusim Haji ini di penuhi oleh jutaan umat manusia dari seluruh pelosok dunia. Oleh itu permintaan terhadap makanan juga banyak dan pelbagai. Dari masa ke masa jika saya benar-benar kelapangan akan saya postkan bahan-bahan menarik dari Kota Makkah ini untuk dikongsi bersama anda. Terima kasih kerana terus memberi sokongan kepada blog ini.

Our first meal. Seperti nasi minyak. Berasnya panjang dan rasanya sedap. Dimakan dengan ayam panggang, tanpa kuah.


Hidangan nasi, gulai ayam, ayam tandoori dan ayam panggang yang kami makan di restoran yang penuh dengan pelanggan-pelanggan dari negara seperti India dan Bangladesh.


Roti ni memang popular dikalangan rakyat tempatan. Enak dimakan ketika masih panas. Harga sekeping satu riyal. Sedap dicicah dengan kuah kari atau dhal.





Discussion Area - Leave a Comment
You must be logged in to post a comment.