Nasi Goreng Kampung (Village Fried Rice)

Nasi Goreng Kampung yang sangat popular di warung-warung dan kedai makan di seluruh tanah air. Ia menjadi pilihan kerana rasanya yg sedap dan rencahnya yang digemari ramai, iaitu samada udang kering atau ikan bilis, telur dan kangkung.

Hidangan untuk (Servings): 2 – 3 orang (people)

Bahan-bahan Tumbuk(Pounded Ingredients):

  • 5 biji cili padi – ikut kepedasan (5 bird’s eye chilies – adjust to spiciness)
  • 3 ulas bawang putih (3 cloves garlic)
  • 4 biji bawang merah (4 shallots)
  • 1 sudu besar udang kering – direndam dan ditos (1 tablespoon dried shrimp – soaked and drained)
  • Sedikit belacan – jika suka (A small piece of shrimp paste – optional)

Bahan Utama (Main Ingredients):

  • 3 cawan nasi sejuk (3 cups cold cooked rice)
  • 1 ikat sayur kangkung – dipotong (1 bunch water spinach – chopped)
  • 1/2 cawan ikan bilis goreng – untuk taburan (1/2 cup fried anchovies – for garnish)
  • 2 biji telur (2 eggs)
  • 1 sudu kecil garam atau secukup rasa (1 teaspoon salt or to taste)
  • 3 sudu besar minyak masak (3 tablespoons cooking oil)

Cara-cara (Instructions):

  1. Tumbuk Bahan (Pound Ingredients): Tumbuk cili padi, bawang putih, bawang merah, belacan, dan udang kering sehingga lumat (Pound the chilies, garlic, shallots, shrimp paste, and dried shrimp until a paste forms).
  2. Tumis (Sauté): Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk sehingga garing dan wangi (Heat oil in a wok. Sauté the pounded ingredients until fragrant and golden).
  3. Masak Telur (Cook Eggs): Masukkan telur dan hancurkan sedikit (Add the eggs and scramble them slightly).
  4. Masukkan Nasi (Add Rice): Masukkan nasi sejuk dan gaul rata dengan bahan tumis (Add the cold rice and mix thoroughly with the sautéed ingredients).
  5. Perasakan (Seasoning): Masukkan garam dan kacau hingga sebati (Add salt and stir until well combined).
  6. Masukkan Sayur (Add Vegetables): Masukkan sayur kangkung dan goreng sehingga layu (Add the water spinach and stir-fry until wilted).
  7. Hidang (Serve): Taburkan ikan bilis goreng di atas nasi. Hidang panas (Sprinkle fried anchovies on top. Serve hot).

Tips:

  • Nasi goreng ini sangat sedap dimakan bersama Sambal Belacan (This fried rice is best enjoyed with a side of Sambal Belacan).
  • Gunakan nasi yang telah dimasak semalam untuk tekstur yang tidak lembik (Use overnight rice for a better, non-mushy texture).

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *