Udang Masak Lemak Nenas Special

(Special Pineapple Prawn Coconut Curry Recipe)
Sedia: 15 minit (Prep Time: 15 minutes)
Masa Masak: 15 minit (Cook Time: 15 minutes)
Saiz Hidangan: 3-4 orang (Serving Size: 3-4 people)

Bahan-bahan (Ingredients)

  • 500g udang segar – dibersihkan
    (500g fresh prawns – cleaned)
  • 1 biji nenas madu
    (1 honey pineapple )
    • 1/2 biji dipotong kipas (1/2 sliced into fan shapes)
    • 1/2 cawan dikisar halus dengan sedikit air (1/2 cup finely blended with a bit of water)
  • 2 cawan santan
    (2 cups coconut milk)
  • 1 batang serai – diketuk
    (1 stalk lemongrass – bruised)
  • Bahan Tumbuk: 5 biji cili padi & 1 inci kunyit hidup
    (Pounded Ingredients: 5 bird’s eye chilies & 1 inch fresh turmeric)
  • Garam dan sedikit gula melaka (jika perlu)
    (Salt and a bit of palm sugar (if needed))

Cara-cara (Instructions)

  1. Masukkan bahan tumbuk, serai, nenas yang telah dikisar, dan santan ke dalam periuk.
    (Add the pounded ingredients, lemongrass, blended pineapple, and coconut milk into a pot.)
  2. Masak dengan api perlahan sambil sentiasa dikacau supaya santan tidak pecah.
    (Cook over low heat while constantly stirring to prevent the coconut milk from curdling.)
  3. Apabila kuah mula mendidih dan nampak pekat, masukkan potongan nenas yang dihiris tadi.
    (Once the gravy boils and looks thick, add the previously sliced pineapple pieces.)
  4. Masukkan udang dan perasakan dengan garam serta gula melaka secukupnya.
    (Add the prawns and season with salt and palm sugar to taste.)
  5. Masak sebentar sehingga udang bertukar warna dan kuah sebati dengan aroma nenas.
    (Cook briefly until the prawns change color and the gravy blends with the pineapple aroma.)

Tip Tambahan (Extra Tips)

  • Rahsia Kuah Pekat: Mengisar 1/2 cawan nenas ke dalam kuah bukan sahaja memekatkan tekstur, malah memberikan rasa manis buah yang lebih asli tanpa perlu letak banyak gula.
  • Padankan hidangan ini dengan Sambal Belacan Goreng Style Jawa untuk kontras rasa yang lebih ‘kick’!
  • Boleh masukkan carikan daun kunyit jika ada (Add turmeric leaves)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *