Ayam Masak Negro (Dark Soy Sauce Chicken)

Hidangan untuk (Servings): 5 – 6 orang (people)

Bahan-bahan (Ingredients):

  • 1 ekor ayam – saiz sederhana, dipotong 12 atau 14 (1 whole medium chicken – cut into 12 or 14 pieces)
  • 20 biji bawang merah kecil atau lebih – dihiris dan digoreng (20 or more small shallots – sliced and fried)
  • 2 – 3 sudu besar cili blender (2 – 3 tablespoons blended chili)
  • 1/4 cawan kicap manis (1/4 cup sweet soy sauce)
  • 1/4 cawan kicap masin (1/4 cup salty soy sauce)
  • Garam dan kunyit – untuk perapan (Salt and turmeric – for marinating)

Cara-cara (Instructions):

  1. Perap Ayam (Marinate Chicken): Gaulkan ayam bersama garam dan kunyit. Perap lama (sekurang-kurangnya 1 jam di dalam peti sejuk) supaya rasa meresap dan ayam kekal lembap (Marinate chicken with salt and turmeric for at least 1 hour in the fridge so the flavor absorbs and the chicken stays moist).
  2. Goreng Sempurna (Perfect Fry): Panaskan minyak dan goreng ayam menggunakan api yang sederhana panas. Jangan guna api terlalu kuat supaya ayam masak sekata dan tidak menjadi keras (Fry the chicken over medium heat. Avoid high heat to ensure the chicken is cooked evenly and doesn’t become tough).
  3. Tumbuk Bawang (Pound Onions): Goreng hirisan bawang kecil sehingga keperangan, kemudian tumbuk sehingga lumat (Fry sliced shallots until golden brown, then pound until fine).
  4. Tumis (Sauté): Tumis cili blender menggunakan minyak baki gorengan ayam sehingga pecah minyak. Masukkan kedua-dua jenis kicap dan bawang goreng tumbuk tadi (Sauté blended chili in chicken frying oil until it separates. Add both soy sauces and the pounded onions).
  5. Satukan (Combine): Masukkan ayam goreng tadi. Gaul rata sehingga kuah pekat menyaluti ayam. Tambah sedikit air jika perlu (Add the fried chicken. Toss well until the thick gravy coats the chicken. Add a little water if needed).

Tips Tokma:

  • Rahsia Ayam Juicy: Untuk mendapatkan ayam yang juicy dan tidak keras, pastikan ayam diperap lama di dalam peti sejuk dan digoreng dengan api sederhana sahaja (To get juicy chicken that isn’t tough, ensure it’s marinated long in the fridge and fried only over medium heat).
  • Bawang Goreng: Kunci kesedapan dan kepekatan kuah ini adalah pada bawang goreng yang banyak. Ia memberikan rasa lemak dan aroma yang sangat istimewa. Jika kesuntukan masa boleh saja guna bawang goreng readymade (The key to the deliciousness and thickness of this gravy is the abundance of fried onions. It provides a rich taste and a very special aroma).
  • Rasa Pedas Manis: Dengan tambahan cili blender dan kicap yang seimbang, ayam ini akan rasa pedas-pedas manis yang sangat membangkitkan selera (With the addition of blended chili and balanced soy sauce, this chicken will have a spicy-sweet taste that is truly appetizing).

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *