(Kuala Kedah Style Whole Fish Laksa)
Sedia: 30 minit (Prep Time: 30 minutes)
Masa Masak: 45 minit (Cook Time: 45 minutes)
Saiz Hidangan: 5-6 orang (Serving Size: 5-6 people)
Bahan-bahan (Ingredients)
- 1 kg laksa beras – direbus empuk & toskan
(1 kg rice noodles – boiled until tender & drained) - 1 kg ikan kembung (ikan temenung) – segar
(1 kg mackerel – fresh) - 6 keping asam keping (asam gelugur)
(6 pieces dried tamarind skin) - 2 kuntum bunga kantan – dibelah dua
(2 torch ginger buds – halved) - 1 ikat daun kesum
(1 bunch laksa leaves / Vietnamese coriander) - Bahan Kisar: 20 tangkai cili kering (terpulang kepada tahap kepedasan), 2 biji bawang besar, 5 biji bawang merah & 1 inci belacan bakar
(Blended Ingredients: 15 – 20 dried chilies, 2 onions, 5 shallots & 1 inch toasted shrimp paste) - Bahan Sambal Nyioq: ½ biji kelapa parut (putih), 3 biji bawang merah, 1 batang serai, sedikit garam & gula
(Coconut Sambal Ingredients: ½ grated coconut (white), 3 shallots, 1 stalk lemongrass, pinch of salt & sugar)
Cara-cara (Instructions)
- Rebus ikan kembung bersama 3 keping asam keping dan sedikit garam sehingga masak.
(Boil the mackerel with 3 dried tamarind and a bit of salt until cooked.) - Asingkan ikan. Kisarkan tulang dan kepala ikan bersama air rebusan tadi, kemudian tapis untuk ambil patinya sahaja.
(Remove fish. Blend fish bones and heads with the boiling liquid, then strain to collect the essence.) - Simpan sebahagian ikan secara “seekor” (sekoq). Sebahagian lagi dikisar halus untuk memekatkan kuah.
(Keep some fish whole (sekoq). Blend the remaining fish meat finely to thicken the broth.) - Masukkan bahan kisar (cili & bawang), pati tulang ikan, dan isi ikan kisar ke dalam periuk. Tambah air mengikut kepekatan.
(Add blended ingredients, fish bone essence, and blended fish meat into a pot. Add water according to desired thickness.) - Masukkan baki asam keping, bunga kantan, dan daun kesum. Masak sehingga mendidih dan kuah “mati” bau cili.
(Add the remaining dried tamarind, torch ginger, and laksa leaves. Simmer until it boils and the raw chili smell is gone.) - Sambal Nyioq: Tumbuk bawang merah dan serai, campurkan dengan kelapa parut dan perasakan. Sangai (goreng tanpa minyak) seketika sehingga wangi.
(Coconut Sambal: Pound shallots and lemongrass, mix with grated coconut and season. Dry-fry briefly until fragrant.) - Hidangkan laksa bersama kuah, ikan seekor, sambal nyioq, telur rebus, dan hirisan daun salad, timun, bawang dan cili padi.
(Serve laksa with broth, a whole fish, coconut sambal, boiled egg, and sliced cucumber, onion and green salad.)
Nota & Tips (Notes & Tips)
- Ikan Sekoq: Ciri khas Kuala Kedah adalah menghidangkan ikan secara seekor di dalam pinggan laksa, bukan hanya hancur di dalam kuah.
(Whole Fish: A signature of Kuala Kedah is serving a whole fish in the laksa bowl, not just shredded in the broth.) - Sambal Nyioq: Wajib ada sambal kelapa ini untuk memberikan rasa lemak manis yang menyeimbangkan rasa masam kuah laksa.
(Coconut Sambal: This coconut condiment is a must to provide a rich sweetness that balances the sour broth.)