Kueh Lopes Pandan

(Pandan Sticky Rice Cakes with Palm Sugar Syrup)
Sedia: 20 minit (Prep Time: 20 minutes)
Masa Masak: 30 minit (Cook Time: 30 minutes)
Saiz Hidangan: 5-6 orang (Serving Size: 5-6 people)

Bahan-bahan (Ingredients)

  • 2 cawan beras pulut – direndam 2 jam & toskan
    (2 cups glutinous rice – soaked for 2 hours & drained)
  • 1 cawan santan cair
    (1 cup thin coconut milk)
  • 1 cawan air pandan – dikisar dari 5 helai daun pandan
    (1 cup pandan water – blended from 5 pandan leaves)
  • 1 sudu kecil air kapur
    (1 tsp lime water/alkaline water)
  • Sedikit garam
    (A pinch of salt)
  • Bahan Salutan: 1 cawan kelapa parut putih & sedikit garam (dikukus sekejap)
    (Coating: 1 cup grated coconut & a pinch of salt (steamed briefly))
  • Air Gula Melaka: 1 ketul gula melaka, 2 sudu besar gula merah, 1 cawan air & 1 helai daun pandan
    (Syrup: 1 block palm sugar, 2 tbsp brown sugar, 1 cup water & 1 pandan leaf)

Cara-cara (Instructions)

  1. Satukan beras pulut, air pandan, santan cair, air kapur, dan garam di dalam loyang.
    (Combine glutinous rice, pandan water, thin coconut milk, lime water, and salt in a tray.)
  2. Kukus selama 20-25 minit sehingga pulut masak sepenuhnya.
    (Steam for 20-25 minutes until the sticky rice is fully cooked.)
  3. Sementara itu, masak semua bahan air gula melaka sehingga pekat dan tapiskan.
    (Meanwhile, cook all syrup ingredients until thickened and strain.)
  4. Setelah pulut masak, tekan-tekan pulut di dalam loyang supaya padat sementara masih panas.
    (Once cooked, press the rice firmly into the tray while still hot to compact it.)
  5. Biarkan sejuk sedikit, kemudian terap menggunakan acuan bulat atau potong mengikut citarasa.
    (Let it cool slightly, then cut using a round cutter or slice to your preference.)
  6. Golekkan potongan pulut ke atas kelapa parut sehingga bersalut rata.
    (Roll the rice pieces in the grated coconut until evenly coated.)
  7. Hidangkan dengan curahan air gula melaka yang pekat.
    (Serve with a generous drizzle of the thick palm sugar syrup.)
  • Cara Tradisional: Anda juga boleh membalut pulut di dalam daun pisang berbentuk silinder sebelum direbus untuk aroma yang lebih asli.
    (You can also wrap the rice in banana leaves in a cylinder shape before boiling for a more authentic aroma.)

Teknik Pulut Masak Separuh (Disyorkan)

  1. Kukus Separuh Masak: Kukus beras pulut bersama air pandan dan air kapur selama 10-15 minit sahaja sehingga pulut menyerap cecair tetapi masih keras di tengah.
    (Par-steam: Steam the rice with pandan water and lime water for 10-15 minutes until the liquid is absorbed but the rice is still firm.)
  2. Balut: Ambil daun pisang yang telah dilayur, masukkan pulut tadi, dan gulung menjadi silinder yang padat. Ikat kedua-dua hujung dan bahagian tengah dengan tali rafia atau tali nilon.
    (Wrap: Take wilted banana leaves, fill with the par-steamed rice, and roll into a tight cylinder. Tie both ends and the middle securely with string.)
  3. Rebus: Rebus bungkusan tersebut di dalam air mendidih selama 30-45 minit. Teknik ini memastikan pulut termampat dengan sangat padat dan kenyal.
    (Boil: Boil the parcels in hot water for 30-45 minutes. This ensures the rice becomes very compact and chewy.)

Teknik Pulut Mentah (Cara Pantas)

  1. Rendam: Beras pulut perlu direndam sekurang-kurangnya 4 jam atau semalaman bersama air kapur dan pewarna hijau.
    (Soak: Soak the rice for at least 4 hours or overnight with lime water and green coloring.)
  2. Balut: Masukkan pulut mentah ke dalam kelongsong daun pisang. Jangan isi terlalu penuh (tinggalkan ruang sikit) kerana pulut akan mengembang.
    (Wrap: Fill the banana leaf sleeve with raw rice. Do not overfill as the rice will expand.)
  3. Rebus: Rebus lebih lama, sekitar 1.5 jam hingga 2 jam sehingga pulut benar-benar masak dan padat.
    (Boil: Boil for a longer period, around 1.5 to 2 hours until the rice is fully cooked and firm.)

Nota & Tips (Notes & Tips)

  • Aroma: Merebus di dalam daun pisang memberikan aroma yang jauh lebih wangi berbanding hanya mengukus di dalam loyang.
    (Boiling in banana leaves gives a much more fragrant aroma compared to just steaming in a tray.)
  • Air Kapur: Pastikan air kapur tidak berlebihan supaya pulut tidak terasa pahit.
    (Ensure not to over-use lime water so the rice doesn’t taste bitter.)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *