(Steamed Banana Parcels with Coconut Filling )
Lepat Pisang inti kelapa adalah kuih tradisional, diperbuat daripada pisang yang dilenyek dan dikukus dalam daun pisang yang harum. Keistimewaan resepi ini adalah inti kelapa di tengahnya, rasa lemak dan sedikit masin.
(Lepat Pisang is a nostalgic traditional treat made from mashed bananas steamed in fragrant banana leaves. The specialty of this recipe is the salty coconut filling in the center, providing a textural surprise and a deeper creamy in every bite.)
Tempoh Penyediaan: 20 minit
(Preparation Time: 20 minutes)
Tempoh Memasak: 25-30 minit
(Cooking Time: 25-30 minutes)
Hidangan: 15-20 keping
(Servings: 15-20 pieces)
Bahan-Bahan: (Ingredients)
- 10-12 biji Pisang Berangan atau Pisang Awak (Lumatkan)
(10-12 Berangan or Awak Bananas (Mashed)) - 1 cawan Tepung Gandum
(1 cup All-purpose Flour) - 1/2 cawan Tepung Beras
(1/2 cup Rice Flour) - 3 sudu besar Gula Pasir (Sesuaikan mengikut kemanisan pisang)
(3 tablespoons Granulated Sugar (Adjust according to banana sweetness)) - 1/2 sudu kecil Garam
(1/2 teaspoon Salt) - Daun Pisang secukupnya (Layur di atas api dan potong saiz 6×8 inci)
(Banana Leaves as needed (Wilted over fire and cut into 6×8 inch pieces))
Bahan Inti Kelapa (Coconut Filling):
- 1 cawan Kelapa Parut (Bahagian putih sahaja)
(1 cup Grated Coconut (White part only)) - 1/2 cawan Gula Melaka/Gula Merah
(1/2 cup Palm Sugar/Brown Sugar) - 1/4 cawan Air
(1/4 cup Water) - 1 helai Daun Pandan (Disimpul)
(1 Pandan Leaf (Knotted)) - Secubit Garam
(A pinch of Salt)
Cara Penyediaan: (Instructions)
- Sediakan Inti: Masak air, gula melaka, dan daun pandan sehingga gula larut. Masukkan kelapa parut dan garam. Kacau sehingga inti agak kering tetapi masih lembap. Ketepikan dan biarkan sejuk.
(1. Prepare Filling: Cook water, palm sugar, and pandan leaf until dissolved. Add grated coconut and salt. Stir until the filling is somewhat dry but still moist. Set aside to cool.) - Adun Pisang: Di dalam bekas besar, campurkan pisang yang telah dilenyek lumat bersama tepung gandum, tepung beras, gula, dan garam. Gaul rata sehingga menjadi adunan yang sebati.
(2. Mix Banana Base: In a large bowl, mix the mashed bananas with all-purpose flour, rice flour, sugar, and salt. Stir well until it becomes a consistent batter.) - Bungkus Lepat: Ambil sehelai daun pisang. Letakkan 2 sudu besar adunan pisang dan leperkan sedikit. Letakkan 1 sudu kecil inti kelapa di tengahnya. Tutup inti dengan sedikit lagi adunan pisang.
(3. Wrap: Take a piece of banana leaf. Place 2 tablespoons of banana batter and flatten slightly. Place 1 teaspoon of coconut filling in the center. Cover the filling with a bit more banana batter.) - Lipat Daun: Lipat daun pisang dengan kemas (seperti bentuk segi empat tepat) dan pastikan adunan tidak terkeluar.
(4. Fold Leaf: Fold the banana leaf neatly (into a rectangular shape) and ensure the batter does not leak out.) - Kukus: Susun lepat di dalam pengukus yang telah dipanaskan. Kukus selama 25-30 minit di atas api sederhana sehingga masak.
(5. Steam: Arrange the parcels in a preheated steamer. Steam for 25-30 minutes over medium heat until cooked.)
Tips:
- Pisang Ranum: Gunakan pisang yang sudah sangat ranum (kulit bertitik hitam) untuk mendapatkan rasa lepat yang lebih manis dan beraroma.
(Ripe Bananas: Use overripe bananas (with black spots on the skin) for a sweeter and more fragrant result.) - Inti Putih: Jika anda tidak mahu menggunakan gula melaka, anda boleh gunakan kelapa parut segar yang digaul dengan sedikit garam sahaja untuk rasa lemak masin.
(White Filling: If you prefer not to use palm sugar, you can use fresh grated coconut mixed only with a bit of salt for a savory-creamy taste.)