(Plain White Rice)
Nasi putih yang dimasak sempurna adalah tunjang kepada setiap hidangan Melayu. Walaupun nampak mudah, teknik basuhan yang betul dan nisbah air yang tepat adalah rahsia untuk mendapatkan tekstur nasi yang berderai, tidak lembek, dan lambat basi.
(Perfectly cooked white rice is the backbone of every Malay meal. Although it seems simple, the correct washing technique and precise water ratio are the secrets to achieving a fluffy texture that isn’t mushy and stays fresh longer.)
Tempoh Penyediaan: 5 minit
(Preparation Time: 5 minutes)
Tempoh Memasak: 15-20 minit
(Cooking Time: 15-20 minutes)
Hidangan: 3-4 orang
(Servings: 3-4 people)
Bahan-Bahan: (Ingredients)
- 2 cawan Beras (Beras putih biasa atau Jasmine)
(2 cups Rice (Ordinary white rice or Jasmine rice)) - 3 cawan Air (Nisbah 1:1.5)
(3 cups Water (1:1.5 ratio)) - Secubit Garam (Opsional – untuk membangkitkan rasa)
(A pinch of Salt (Optional – to enhance the flavor)) - 1 helai Daun Pandan (Disimpul – untuk aroma)
(1 Pandan Leaf (Knotted – for aroma))
Cara Penyediaan: (Instructions)
- Basuh Beras: Basuh beras sebanyak 2-3 kali sehingga airnya hampir jernih. Jangan ramas terlalu kuat supaya biji beras tidak patah.
(1. Wash Rice: Wash the rice 2-3 times until the water is almost clear. Do not rub too hard to avoid breaking the rice grains.) - Sukat Air: Masukkan beras ke dalam periuk nasi (rice cooker) dan tambahkan air mengikut sukatan. Gunakan petua “satu ruas jari” jika anda tidak mempunyai cawan penyukat.
(2. Measure Water: Place the rice in the rice cooker and add water according to the measurement. Use the “one knuckle” rule if you do not have a measuring cup.) - Tambah Aroma: Masukkan daun pandan yang telah disimpul dan secubit garam. Ini akan membuatkan nasi anda berbau harum dan lebih enak.
(3. Add Aroma: Add the knotted pandan leaf and a pinch of salt. This will make your rice fragrant and more delicious.) - Masak: Tekan butang ‘Cook’ dan biarkan sehingga nasi masak sepenuhnya. Jangan buka penutup periuk sejurus selepas butang ‘Warm’ menyala.
(4. Cook: Press the ‘Cook’ button and let the rice cook completely. Do not open the lid immediately after the ‘Warm’ button lights up.) - Gemburkan: Selepas 5-10 minit, gemburkan nasi perlahan-lahan menggunakan senduk supaya wap air keluar dan nasi tidak berketul.
(5. Fluff: After 5-10 minutes, gently fluff the rice with a spatula to release steam and prevent the rice from clumping.)
Tips:
- Nasi Tidak Melekat: Tambahkan 1 sudu kecil minyak masak atau mentega ke dalam air rebusan untuk mendapatkan tekstur nasi yang berkilat dan tidak melekat.
(Non-Stick Rice: Add 1 teaspoon of cooking oil or butter to the water to get a glossy texture and prevent sticking.) - Elak Nasi Basi: Pastikan periuk dan penutup sentiasa bersih. Menambah sedikit perahan limau nipis juga boleh membantu nasi tahan lebih lama.
(Prevent Spoiling: Ensure the pot and lid are always clean. Adding a small squeeze of lime juice can also help the rice last longer.)
Nota Hidangan (Serving Note):
Hidang nasi dengan lauk pauk seperti gulai ayam dan daging, kari ikan, udang dan sotong, pelbagai sambal dan sayuran hijau, ulam-ulaman, lauk pauk utama dan sampingan, di akhiri dengan pelbagai jenis kueh mueh, pencuci mulut, buah-buahan dan minuman panas dan sejuk.
(Serve rice with dishes such as chicken and beef curry, fish curry, prawns and squid, various sambals and green vegetables, traditional herbs (ulam), main and side dishes, concluding with various types of traditional cakes (kueh), desserts, fruits, and hot and cold beverages.)