Lepat Pisang Inti Kelapa

(Steamed Banana Parcels with Coconut Filling)

Lepat Pisang versi ini mempunyai keunikan tersendiri dengan gabungan rasa manis daripada pisang ranum dan gula perang, serta rasa lemak masin daripada inti kelapa segar di tengahnya. Bau harum daripada daun pisang yang dikukus pasti membangkitkan selera seisi keluarga.
(This version of Lepat Pisang features a unique combination of sweetness from ripe bananas and brown sugar, perfectly balanced by a savory, salty coconut filling in the center. The fragrant aroma of steamed banana leaves is sure to whet the family’s appetite.)

Tempoh Penyediaan: 15 minit
(Preparation Time: 15 minutes)
Tempoh Memasak: 25-30 minit
(Cooking Time: 25-30 minutes)
Hidangan: 15-20 keping
(Servings: 15-20 pieces)

Bahan-Bahan: (Ingredients)

  • 10-12 biji Pisang Berangan atau Pisang Awak (Lumatkan)
    (10-12 Berangan or Awak Bananas (Mashed))
  • 5 sudu besar Gula Perang (Brown Sugar)
    (5 tablespoons Brown Sugar)
  • 1-2 cawan Tepung Gandum (agak2)
    (1 to 2 cups All-purpose Flour)
  • 1/2 cawan santan pekat
    (1/2 cup thick coconut milk)
  • 1/2 cawan Tepung Beras
    (1/2 cup Rice Flour)
  • 1/2 sudu kecil Garam (Untuk adunan pisang)
    (1/2 teaspoon Salt (For the banana batter))
  • Daun Pisang secukupnya (Layur di atas api dan potong saiz 6×8 inci)
    (Banana Leaves as needed (Wilted over fire and cut into 6×8 inch pieces))

Bahan Inti Kelapa (Savory Coconut Filling):

  • 1 1/2 cawan Kelapa Parut (Bahagian putih sahaja) (1 1/2 cups Grated Coconut (White part only))
  • 1 sudu kecil Garam (Sesuaikan rasa lemak masin) (1 teaspoon Salt (Adjust for savory-salty taste))

Cara Penyediaan: (Instructions)

  1. Sediakan Inti: Di dalam bekas kecil, gaulkan kelapa parut dengan garam sehingga sebati. Tambah gula jika suka. Pastikan rasa lemak masinnya seimbang. Ketepikan.
    (1. Prepare Filling: In a small bowl, mix the grated coconut with salt until well combined. Add lil sugar(optional) Ensure the salty taste is balanced. Set aside.)
  2. Adun Pisang: Lenyekkan pisang sehingga lumat. Masukkan gula perang, tepung gandum, tepung beras, santan dan sedikit garam. Gaul rata sehingga adunan menjadi sebati dan lembut. (Lebihkan atau kurangkan tepung jika perlu)
    (2. Mix Banana Base: Mash the bananas until smooth. Add brown sugar, all-purpose flour, rice flour, coconut milk and a pinch of salt. Stir well until the batter is consistent and soft.
  3. Bungkus Lepat: Ambil sehelai daun pisang. Letakkan 2 sudu besar adunan pisang dan leperkan sedikit. Letakkan 1 sudu besar inti kelapa masin di tengahnya.
    (3. Wrap: Take a piece of banana leaf. Place 2 tablespoons of banana batter and flatten slightly. Place 1 tablespoon of the salty coconut filling in the center.)
  4. Tutup Inti: Lipat daun pisang dengan kemas (seperti bentuk bantal atau segi empat tepat) supaya inti kelapa terlindung di dalam adunan pisang.
    (4. Cover Filling: Fold the banana leaf neatly (into a pillow or rectangular shape) so the coconut filling is encased within the banana batter.)
  5. Kukus: Susun lepat di dalam pengukus yang telah dipanaskan airnya. Kukus selama 25-30 minit di atas api sederhana sehingga masak.
    (5. Steam: Arrange the parcels in a preheated steamer. Steam for 25-30 minutes over medium heat until cooked.)

Tips:

  • Gula Perang: Penggunaan gula perang memberikan warna lepat yang lebih gelap dan cantik serta aroma karamel yang lebih kuat.
    (Brown Sugar: Using brown sugar gives the parcels a darker, more beautiful color and a stronger caramel aroma.)
  • Inti Kelapa: Pastikan kelapa parut adalah yang segar dan baru diparut (putih sahaja) untuk mengelakkan lepat cepat basi dan rasa yang lebih lemak.
    (Coconut Filling: Ensure the grated coconut is fresh and newly grated (white part only) to prevent the kuih from spoiling quickly and for a richer taste.)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *